BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

21 September 2009

mari kita mula berdakwah dari diri kita

Ramai orang mengetahui bahawa tugas berdakwah adalah wajib ke atas setiap individu.
Walau bagaimanapun,
Masih ramai yang tidak mahu melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah disebabkan oleh beberapa kekeliruan.
Antara kekeliruan yang sering timbul adalah menanti kesempurnaan diri sebelum memulakan dakwah. Hal ini menyebabkan sebahagian daripada umat Islam tidak mahu mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran kerana merasakanamalannya belum cukup mantap dan dirinya masih diselimuti dengan banyak kelemahan.
Berhubung dengan isu ini,
Imam Said bin Jubair berkata: Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran sehingga keadaan dirinya sempurna, maka tidak akan ada seorang pun yang akan mengajakkepada yang makruf dan mencegah kemungkaran. Iman Malik amat bersetuju dengan kenyataan Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tanda sokongannya, beliau menambah: Dan siapakah antara kita yang lengkap dan sempurna?
Sebahagian umat Islam tidak mahu berdakwah kerana merasakan dirinyabelum mengamalkan segala ilmu yang sudah diketahui. Mereka juga khuatir tidak dapat melaksanakan perkara yang diseru. Berhubung dengan ini,
Imam al-Hasan berkata: Siapakah antara kita yang telah melaksanakan segala yangdiserukannya?
Syaitan amat menyukai jika manusia terpedaya dengan sikap ini sehingga akhirnya tidak ada sesiapa pun yang mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran...

Secara dasar,
kewajipan berdakwah dituntut ke atas setiap individu yang mukalaf dan berdaya. Syarat berdaya atau mampu perlu difahami dengan betul.

Hakikatnya, Islam mengakui tahap kemampuan setiap individu adalah berbeza.
Justeru Nabi bersabda:
Barang siapa antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah clicegah dengan tangannya. Jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan kata-katanya dan jika tidak berdaya hendaklah dicegah denganhatinya dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman.....

0 comments: