BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

12 April 2013

S@h@b@t

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh,

Assalammualaikkum..
pasti semua org tahukan ini lirik lagu ape dan sape penyanyi nye..mengapa kali ni aq menulis tentang diri ini??
pernah kowg tertanya x pada diri kowg, 'adakah aq mempnyai sahabat xkira la sowg atau lebih yg sanggup bersama aq bila susah dan senang?', mesty adakan...

tapi betul ke kita betol2 ada sahabat begini.. dan betol ke kita boleh jd sahabat yg baek n penyayang kpd org laen?? hanya diri kita yang mmpu terjemahkan nya. kenapa saya cakap diri kita je yg tahu, sebb melalui niat kita berkawan itu lah membawa kepada keikhlasan kita bersahabat dgn org, jika pesong niat kerana nk menggunakan dy dlm sesuatu bnde, lupekan jelah.. ianya akan mmbawa kepada kepadahan dan terok.

nk berkawan bialah kerana Allah, kerana persahabatan yg begitu tidak akn terputus dgn begitu sahaja walaupun ada SEBARANG HALANGAN, DUGAAN, SALAHFAHAM. Ingat lah!!! bahawa hidup kita perlu adanya kawan, Kawan yg BOLEH diPERCAYAI n brulah Boleh disayangi.
Walaupun aq sudah kehilangan seorang sahabat yg aq percaya sayang.. tapi apakan daya.. dy masih lg berkeras hanya berpunca salah faham.. keEGOAN perlu control, setiap keegoan yg dikeluarkan menunjukkan kelemahan kita...
Wahai sahabat, walaupun engkau masih berego marah ngan aq, truskan lah..aq msih cuba terima ngan REDHA..semoga berbahagia didunia n akhirat sahabat...

14 December 2012

Tanah Tumpah Darah Ku

Kehangatan Piala AFF Suzuki terus membara daripada perlawanan persahatan sehingga la kini masih terus diperkatakan seperti 2 tahun lepas.. Ramai yang beranggapan pasukan negara kita (MALAYSIA) akan tewas awal selepas menyaksikan beberapa perlawanan persahabatan negara yang mundur tanpa kemenangan kecuali dengan Hong Kong.. Kemudian menjelang perlawanan pertama Piala AFF ini antara skuad Harimau Malaya dengan Singapura yang menunjukkan skuad Harimau tewas ditangan Singa lagi banyak kutukan dan kritikan yang ditaburkan keatas Skuad K. Raja Gopal.. adakah ini dinamakan peminat atau penyokong yang fanatik...begitu juga media massa yang mengeluarkan tajuk yang boleh dikait rapatkan dengan kutukan keatas player dan coach??? Adakah itu yang patut diberikan kepada mereka yang penat berjuang demi negara.. Kita yang hanya menonton tidak rasa apa yang mereka semua rasa.. Sedarkah anda bahawa mereka sudah berusaha berhabis-habisan dalam semua game..

Apabila skuad kendalian K.R.G. berjaya menjinakkan pasukan Laos seterusnya Indonesia, baru ramai yang memuji mereka main bagus, mereka boleh menang.. kenapa semasa pasukan negara menang kalian semua x mengutuk x mencaci mereka, cube fikir... Andai kita ni bagus, kenapa x kita je ada dalam game tu.. saya puji dengan ketabahan Ultras Malaya, Team Malaysia yg sanggup turun padang memberi semangat juang kepada player.. kita ade ke semangat cm2 smpai nk kutuk mereka... Think positive peminat Bola Sepak, nampak main bola memang senang tetapi lain main bola untuk negara..Hentikan la kritikan, hentikanlah cacian, hentikan lah segala kutukan yang mana akan menjatuhkan lagi semangat juang player negara..

Sangat berterima kasih kepada Skuad Negara, kerana sanggup bermain sehabis-habisnya sanggup bermati-matian di atas padang walaupun injurd still berusaha untuk layakkan diri ke final.. tapi apakan daya, bola itu bulat apa sahaja boleh berlaku... korang the best.. tidak lupa gak kepada pejuang sokongan Ultras Malaya dan Team Malaysia kerana sanggup pergi stadium tuk bagi semangat yang tinggi dan luar biasa kepada player.. begitu juga kepada FUN MALAYSIA yg beri sokongan dan x memberi kritikan x munasabah.. KORANG YANG TERBEK!!!!!
Kalah di AFF kali ini tapi AFF dan Asean game menanti kejayaan kita....

SELAMANYA-SELAMANYA, SELAMANYA HARIMAU MALAYSIA.....

BE SMART PLAYER, BE NICE FUN..GIVE UR SUPPORT TO MALAYSIAN..!!!!!! AAAAUUUWWWWMMMMM!!!!!

20 October 2012

Kesihatan Perlu di UTAMAkan

Assalammualaikum..pe kaba semua pembaca blog & blogger2 sekelian..waduh2..sudah lama ku tidak mengupdatenya pun...sorry guys..im buzy n not have much time to update n no internet..HAHAHA..okeyh-okeyh..kali ni aq nk update benda yang amat penting dalam diri kita..iaitu KESIHATAN PERLU DIUTAMAKAN DALAM KEHIDUPAN HARIAN..

Dewasa ini ramai rakyat Malaysia zaman sekarang suka makan dan makan tanpa melihat kuantiti yg diambil senang cerita main bedal je asalkan kenyang.. tetapi, tahukah kalian semua apa yang kita makan selama ini benar-benar berkhasiat atau tidak?? persoalan ini sering kali dilontarkan oleh orang yang benar2 menjaga kesihatan. Walhal sebagai mana yang kita ketahui manusia memerlukan zat dan nutrisi yang sihat untuk mendapatkan kesihatan yang baik.. memang tidak dinafikan lagi, sakit itu ujian Allah, bila-bila masa dimana jua kita boleh sakit. akan tetapi selagi mana kita mampu mencegahnya, kita cegah dengan doa dan vitamin o nutrisi yang sihat.

Zaman sekarang juga kita selalu didedahkan dengan penyakit obesiti,kolestrol,kencing manis &  sebagainya.. namun tidak ramai diantara kita mampu untuk telan ubat2an yang disediakan oleh doktor atau macam2 lagi.. sekiranya bersenam pula, mampukah kita buatnya setiap hari pling tidak pun seminggu 3 kali..sudah tentu tidak dengan masa yg terhad kepada kerja,belajar,jaga anak dan sebagainya. Hal ini menyebabkan kuantiti pemakanan yang kita ambik tidak dapat dibakar sepenuhnya maka baki @ sisa yg tinggal dlm bdan menjadi lemak seterusnya effect kepada kesihatan tubuh badan kita.

Justeru selepas nmpak badan agak-agak berat, jadi malas bagai.. bru nk mula senaman, namun ibarat sudah terlambat, sebab kita akan rase cepat letih & penat dgn berat badan yg x mampu otot kita tampung. so mengambil masa yang lama untuk lose kan lemak2 yg ada.. saya mempunyai 1 altenatif dimana sy telah berjumpe dengan 1 product kesitan yang bgus dan berkesan kerana kawan sy hanya mengambil 10 hari mmpu turun 2.7kg jika ditambahkan lg dengan senaman, puasa mgkin mampu turun sebanyak 3-4 kg.. selama setahun saya kenal dy bdan dy agk besar, muka chubby. namun lepas ambil product ni dy nmpak kurus sikit dri dulu,muka x chubby dah malah makin aktif jika tidak dy sll penat dan malas je.
hanya dengan minum product HERBALIFE dy ambil SHAKE shj sudah cukup.. seperti gambar disebelah.. jika berminat @ mempunyai persoalan lbih lanjut boleh add sy di Fb (addin muiz) lau twet (shinichiconan93).. sekian..


27 July 2012

Bulan Yang Mulia Kini Kembali

Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi kini saya kembali berblog insyaallah. Ramadhan merupakan satu bulan dimana Allah memberi peluang kepada hamba-Nya untuk mengutip seberapa byak  pahal. Hal ini kerana bulan Ramadhan merupakan 1 bulan yg paling mudah untuk umat islam membuat kebaikkan dan 1 kebaikan diberi ganjaran yg tinggi berbanding bulan2 yang lain kerana musuh utama kita diikat oleh Allah. Namun musuh kita tetap ade iaitu nafsu.. Nafsu yg X diperlihara dgn baik akan memberi padah kepada kita sndri, tetapi Nafsu yang diperlihara dgn baik akan byak amalan yang dilakukan seseorang.

Bulan Ramadhan dianggap bulan yg mulia kerana pada bulan ini al-quran diturunkan pada zaman nabi malahan bulan berlakunya perang badar diantara org islam dengan org yahudi pada masa itu.. Orang islam yg diketuai oleh Nabi Muhammad sendiri hanya mempunyai seramai 300 org anggota islam bebanding orng yahudi 1000 orang anggota perang, dengan berkat dibulan yang mulia Umat islam menang dengan mudah..

apa yang dimaksd kann dengan PUASA..puasa ialah menahan diri dri segi bahasa, kalau istilahan pula diberi maksud menahan diri daripada segala bnde yg boleh membatalkan puasa. terdapat dalam ayat al-quran & beberapa hadis yang mencerita fadhilat berpuasa ini.antaranya :-

“ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)


Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

Jadi sama-sama lah kita mengutip pahala seberapa banyak yg boleh dibulan yg penuh barakah ini, cuba lah kita sama-sama mengundur diri kita dari skap malas tapi cuba tegarkan diri kita kearah kerajinan menyembah Allah yang Maha Esa... Waallahua'lam...

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK BUAT SEMUA UMAT ISLAM DIMALAYSIA MAHUPUN DILUAR NEGARA... MAJUKANLAH AMAL IBADAH UNTUK IMAM MU...

23 February 2012

Hati

Hati,

Singkat sahaja sebutan dan ejaan. Akan tetapi sedar atau tidak kalian bertapa lembut nya hati ini berbanding dengan kulit di seluruh bahagian badan kita. Memang kita tak dapat melihat hati kita, tetapi kita dapat merasakannya. Cuba bayangkan jika kita semua dibenarkan melihat hati kita sendiri, adakah kita akan jaganya sebaik mungkin. Jawapannya sudah pasti kita mahu menjaganya sebaik-baik mungkin agar tiada calar, luka, berlubang sana sini kan.

Tetapi kita tidak sedar yang kita ni da selalu sangat mencalarkan hati kita sendiri, melubangkan hati kita, melukakan hati kita sendiri bukan kerana orang lain. Kenapa saya berani mengatakan sedemikian, cuba anda muhasabah dan berfikir sejenak kerana apa kita selalu dimarah, ditegur, atau sebagainya. Ada atau tidak kalian perasan bahawa diri kalian sendiri punca orang lain buat hati kita sendiri yang luka.

Dalam percintaan paling jelas ketara tentang soal hati ini, setiap insan yang bercinta pasti dan pasti mahu hati mereka sama-sama dijaga bukan, jika salah seorang mereka dapat mengetahui salah seorang berlaku curang atau ada fair dengan orang lain walaupun hanya sebagai seorang kawan pasti akan berlakunya pergaduhan seterusnya akan mengatakan hati kita dilukai oleh orang. Tetapi salah, bukan itu yang berlaku sebenarnya, puncanya diri sendiri cepat cemburu tanpa usul periksa maka tercetuslah revolusi yang menggamitkan jiwa lara sedang dia tidak sedar akan kesilapan itu berlaku sebab dia juga.

Jadi jagalah hati sendiri jika mahu orang lain menjaga hati anda semua, ingat bahawa tidak semudah itu untuk kita melakukan kepada orang lain, melainkan kita sudah melakukan kepada diri kita sendiri..

Ini sahaja yang dapat dikongsikan maaf jika ade tersilap,kasar atau sebagainya.waallahu'alam..
wassalam.

16 February 2012

Keajaiban

Pasti pembaca tertanya-tanyakan kenapa post saya kali ini saya meletakkan tajuk ajaib kali ini. Cuba kita tanya diri kita pernah tak kita berjalan kaki sejauh 5km sekurang-kurangnya ataupun berkayuh basikal sejauh 10km? mungkin ada yang pernah tapi tak selalu lakukan bukan, bahkan ada yang merungut baru jalan 1km inilah manusia zaman sekarang tidak pernah kenal erti kesyukuran. Hanya kerana cuaca panas, mahu jaga publisity, mahu jaga kecantikkan dan lain-lain sahaja dijadikan alasan supaya dapat mengelakkan daripada berjalan kaki mahupun berbasikal.

Cuba kita lihat di negara Korea, Jepun, Denmark dan negara asia yang mahu maju terutamanya. Walaupun negara maju namun rakyat mereka tetap mengamalkan gaya hidup yang sihat, lebih-lebih lagi anggota polis mereka hanya meronda kawasan dengan menaikki basikal kurang menggunakan kenderaan kerana bagi mereka kenderaan hanya dapat menambahkan lagi masalah bukan mengurangkan masalah. Masalah yang saya maksudkan ialah masalah pencemaran dan juga kesihatan.

Selain itu, tahukah anda terlalu banyak kelebihan berjalan kaki mahupun berbasikal antara yang paling mudah untuk kita lihat ialah berjaya elakkan diri daripada sesakkan lalulintas(traffic jam), malahan dapat membantu kecergasan otot-otot badan yang lemah setelah bangun dari tidur serta dapat menyegarkan kepala dengan menhirup udara segar di pagi hari. Tambahan lagi dapat menjimatkan lagi kos kewangan lagi-lagi krisis ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya, jika menaikki kenderaan sudah pasti kita perlu keluarkan duet untuk mengisi minyak buka begitu..

Walaupun risiko berjalan kaki dan berbasikal tinggi, ianya tidak perlu menjadikan alasan sekiranya makin ramai yang melakukan pasti makin ramai yang mengikutnya. Bukankah negara kita suka sesuatu yang lain daripada yang lain, maksudnya yang belum pernah orang di negara kita sendiri lakukan pasti ada wakil yang memulakan.

Jadi marilah sama-sama kita fikirkan mana baik dan buruk, bukan untuk sesiapa tetapi untuk kebaikkan diri sendiri. Hidup dalam keadaan yang sihat dan cergas membawa kepada keluarga yang bahagia dan sejahtera.wassalam..waallahu'alam

14 February 2012

Keindahan kunci segala-galanya

Keindahan merupakan kunci ketenangan, manakala ketenangan pula kunci kepada kebahagiaan. cuba kita tambahkan mereka bertiga...

indah + tenang = bahagia, tenang + bahagia = indah, indah + bahagia = tenang.
bila tambah semua akan dapat :-
KEINDAHAN+KETENANGAN+KEBAHAGIAN = KEJAYAAN

Dalam erti kata lain, keindahan yang bermaksud ialah keindahan didalam hati kita sendiri, apabila indahnya hati kita maka indahlah diri kita maka dengan keindahan diri kita maka terhasilah ketenangan. keindahan hati merupakan faktor utama dalam menjadi sesuatu watak kepada seseorang itu sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w."Ingatlah, dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging. Kalau segumpal daging itu baik, maka akan baiklah seluruh tubuhnya. Tetapi, bila rosak, nescaya akan rosak pula seluruh tubuhnya. Segumpal daging itu bernama kalbu." (H.R. Bukhari dan Muslim). jadi demi capai keindahan dalaman perlu dibersihkan.

Ketenangan yang saya maksudkan ialah ketenangan apabila orang lain melihat diri kita yang indah. orang lain akan tenang bila tengok kita yang mempamerkan keindahan hati kita yang diibaratkan orang seperti taman bunga ataupun keindahan kehijauhan tumbuh-tumbuhan. ketenangan merupakan aset penting untuk mencapai kebahagiaan kerana dengan tenang itulah kita berjaya mengawal segala emosi dan sikap kita sebelum melakukan sebarang tindakkan. bagi mencapai ketenangan jiwa dan hati sebenarnya kita perlu banyakkan beribadah kepada Allah yang Maha Berkuasa sebagaimana firman Allah dalam surah adz-dzaariyaat 051 : 56, mafhumnya."Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku".

Kebahagian akan terukir setelah wujudnya keindahan dan ketenangan, ianya merupakan satu hadiah atau ganjaran setelah peroleh kedua-dua tersebut. walaupun kite kurang dari segi keindahan tetapi mempunyai ketenangan still boleh sampai kebahagiaan kerana kedua-duanya membawa kepada bahagia seperti yang ditambahkan diaatas. kebahagiaan amat penting kerana dengan bahagia juga dapat bantu kita hepy bersama family tetapi bahagia pada diri sendiri pula apabila dosa-dosa kita gugur dari diri kita,seperti sabda Rasulullah s.a.w. "Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepaladan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu" H.R. Attabrani.

Bila terhasilnya kebahagiaan maka akan sampai satu tahap dipanggil KEJAYAAN. siapa yang tidak mahu kan kejayaan, bohongla jika tidak mahu kerana kejayaan lah membantu seseorang itu pergi lebih jauh. Kejayaan yang saya maksudkan bukan lah kejayaan didunia semata-mata tetapi kejayaan diakhrat juga, jika dibandingkan dunia akhirat pasti rmai yang menjawab dunia lagi penting. bagi saya betul dunia penting tapi perlu ingat dunia hanya sementara bukan selama-lamanya.

Keindahan merupakan kunci segala-galanya, jadi apa lagi jum kita cari keindahan untuk dapatkan ketenangan dan seterusnya dpatkan kebahagiaan.:)
Waallahua'lam