BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

27 July 2012

Bulan Yang Mulia Kini Kembali

Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi kini saya kembali berblog insyaallah. Ramadhan merupakan satu bulan dimana Allah memberi peluang kepada hamba-Nya untuk mengutip seberapa byak  pahal. Hal ini kerana bulan Ramadhan merupakan 1 bulan yg paling mudah untuk umat islam membuat kebaikkan dan 1 kebaikan diberi ganjaran yg tinggi berbanding bulan2 yang lain kerana musuh utama kita diikat oleh Allah. Namun musuh kita tetap ade iaitu nafsu.. Nafsu yg X diperlihara dgn baik akan memberi padah kepada kita sndri, tetapi Nafsu yang diperlihara dgn baik akan byak amalan yang dilakukan seseorang.

Bulan Ramadhan dianggap bulan yg mulia kerana pada bulan ini al-quran diturunkan pada zaman nabi malahan bulan berlakunya perang badar diantara org islam dengan org yahudi pada masa itu.. Orang islam yg diketuai oleh Nabi Muhammad sendiri hanya mempunyai seramai 300 org anggota islam bebanding orng yahudi 1000 orang anggota perang, dengan berkat dibulan yang mulia Umat islam menang dengan mudah..

apa yang dimaksd kann dengan PUASA..puasa ialah menahan diri dri segi bahasa, kalau istilahan pula diberi maksud menahan diri daripada segala bnde yg boleh membatalkan puasa. terdapat dalam ayat al-quran & beberapa hadis yang mencerita fadhilat berpuasa ini.antaranya :-

“ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)


Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

Jadi sama-sama lah kita mengutip pahala seberapa banyak yg boleh dibulan yg penuh barakah ini, cuba lah kita sama-sama mengundur diri kita dari skap malas tapi cuba tegarkan diri kita kearah kerajinan menyembah Allah yang Maha Esa... Waallahua'lam...

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK BUAT SEMUA UMAT ISLAM DIMALAYSIA MAHUPUN DILUAR NEGARA... MAJUKANLAH AMAL IBADAH UNTUK IMAM MU...

0 comments: