BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

23 February 2012

Hati

Hati,

Singkat sahaja sebutan dan ejaan. Akan tetapi sedar atau tidak kalian bertapa lembut nya hati ini berbanding dengan kulit di seluruh bahagian badan kita. Memang kita tak dapat melihat hati kita, tetapi kita dapat merasakannya. Cuba bayangkan jika kita semua dibenarkan melihat hati kita sendiri, adakah kita akan jaganya sebaik mungkin. Jawapannya sudah pasti kita mahu menjaganya sebaik-baik mungkin agar tiada calar, luka, berlubang sana sini kan.

Tetapi kita tidak sedar yang kita ni da selalu sangat mencalarkan hati kita sendiri, melubangkan hati kita, melukakan hati kita sendiri bukan kerana orang lain. Kenapa saya berani mengatakan sedemikian, cuba anda muhasabah dan berfikir sejenak kerana apa kita selalu dimarah, ditegur, atau sebagainya. Ada atau tidak kalian perasan bahawa diri kalian sendiri punca orang lain buat hati kita sendiri yang luka.

Dalam percintaan paling jelas ketara tentang soal hati ini, setiap insan yang bercinta pasti dan pasti mahu hati mereka sama-sama dijaga bukan, jika salah seorang mereka dapat mengetahui salah seorang berlaku curang atau ada fair dengan orang lain walaupun hanya sebagai seorang kawan pasti akan berlakunya pergaduhan seterusnya akan mengatakan hati kita dilukai oleh orang. Tetapi salah, bukan itu yang berlaku sebenarnya, puncanya diri sendiri cepat cemburu tanpa usul periksa maka tercetuslah revolusi yang menggamitkan jiwa lara sedang dia tidak sedar akan kesilapan itu berlaku sebab dia juga.

Jadi jagalah hati sendiri jika mahu orang lain menjaga hati anda semua, ingat bahawa tidak semudah itu untuk kita melakukan kepada orang lain, melainkan kita sudah melakukan kepada diri kita sendiri..

Ini sahaja yang dapat dikongsikan maaf jika ade tersilap,kasar atau sebagainya.waallahu'alam..
wassalam.

0 comments: