BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

16 February 2012

Keajaiban

Pasti pembaca tertanya-tanyakan kenapa post saya kali ini saya meletakkan tajuk ajaib kali ini. Cuba kita tanya diri kita pernah tak kita berjalan kaki sejauh 5km sekurang-kurangnya ataupun berkayuh basikal sejauh 10km? mungkin ada yang pernah tapi tak selalu lakukan bukan, bahkan ada yang merungut baru jalan 1km inilah manusia zaman sekarang tidak pernah kenal erti kesyukuran. Hanya kerana cuaca panas, mahu jaga publisity, mahu jaga kecantikkan dan lain-lain sahaja dijadikan alasan supaya dapat mengelakkan daripada berjalan kaki mahupun berbasikal.

Cuba kita lihat di negara Korea, Jepun, Denmark dan negara asia yang mahu maju terutamanya. Walaupun negara maju namun rakyat mereka tetap mengamalkan gaya hidup yang sihat, lebih-lebih lagi anggota polis mereka hanya meronda kawasan dengan menaikki basikal kurang menggunakan kenderaan kerana bagi mereka kenderaan hanya dapat menambahkan lagi masalah bukan mengurangkan masalah. Masalah yang saya maksudkan ialah masalah pencemaran dan juga kesihatan.

Selain itu, tahukah anda terlalu banyak kelebihan berjalan kaki mahupun berbasikal antara yang paling mudah untuk kita lihat ialah berjaya elakkan diri daripada sesakkan lalulintas(traffic jam), malahan dapat membantu kecergasan otot-otot badan yang lemah setelah bangun dari tidur serta dapat menyegarkan kepala dengan menhirup udara segar di pagi hari. Tambahan lagi dapat menjimatkan lagi kos kewangan lagi-lagi krisis ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya, jika menaikki kenderaan sudah pasti kita perlu keluarkan duet untuk mengisi minyak buka begitu..

Walaupun risiko berjalan kaki dan berbasikal tinggi, ianya tidak perlu menjadikan alasan sekiranya makin ramai yang melakukan pasti makin ramai yang mengikutnya. Bukankah negara kita suka sesuatu yang lain daripada yang lain, maksudnya yang belum pernah orang di negara kita sendiri lakukan pasti ada wakil yang memulakan.

Jadi marilah sama-sama kita fikirkan mana baik dan buruk, bukan untuk sesiapa tetapi untuk kebaikkan diri sendiri. Hidup dalam keadaan yang sihat dan cergas membawa kepada keluarga yang bahagia dan sejahtera.wassalam..waallahu'alam

0 comments: