BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

14 February 2012

Keindahan kunci segala-galanya

Keindahan merupakan kunci ketenangan, manakala ketenangan pula kunci kepada kebahagiaan. cuba kita tambahkan mereka bertiga...

indah + tenang = bahagia, tenang + bahagia = indah, indah + bahagia = tenang.
bila tambah semua akan dapat :-
KEINDAHAN+KETENANGAN+KEBAHAGIAN = KEJAYAAN

Dalam erti kata lain, keindahan yang bermaksud ialah keindahan didalam hati kita sendiri, apabila indahnya hati kita maka indahlah diri kita maka dengan keindahan diri kita maka terhasilah ketenangan. keindahan hati merupakan faktor utama dalam menjadi sesuatu watak kepada seseorang itu sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w."Ingatlah, dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging. Kalau segumpal daging itu baik, maka akan baiklah seluruh tubuhnya. Tetapi, bila rosak, nescaya akan rosak pula seluruh tubuhnya. Segumpal daging itu bernama kalbu." (H.R. Bukhari dan Muslim). jadi demi capai keindahan dalaman perlu dibersihkan.

Ketenangan yang saya maksudkan ialah ketenangan apabila orang lain melihat diri kita yang indah. orang lain akan tenang bila tengok kita yang mempamerkan keindahan hati kita yang diibaratkan orang seperti taman bunga ataupun keindahan kehijauhan tumbuh-tumbuhan. ketenangan merupakan aset penting untuk mencapai kebahagiaan kerana dengan tenang itulah kita berjaya mengawal segala emosi dan sikap kita sebelum melakukan sebarang tindakkan. bagi mencapai ketenangan jiwa dan hati sebenarnya kita perlu banyakkan beribadah kepada Allah yang Maha Berkuasa sebagaimana firman Allah dalam surah adz-dzaariyaat 051 : 56, mafhumnya."Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku".

Kebahagian akan terukir setelah wujudnya keindahan dan ketenangan, ianya merupakan satu hadiah atau ganjaran setelah peroleh kedua-dua tersebut. walaupun kite kurang dari segi keindahan tetapi mempunyai ketenangan still boleh sampai kebahagiaan kerana kedua-duanya membawa kepada bahagia seperti yang ditambahkan diaatas. kebahagiaan amat penting kerana dengan bahagia juga dapat bantu kita hepy bersama family tetapi bahagia pada diri sendiri pula apabila dosa-dosa kita gugur dari diri kita,seperti sabda Rasulullah s.a.w. "Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepaladan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu" H.R. Attabrani.

Bila terhasilnya kebahagiaan maka akan sampai satu tahap dipanggil KEJAYAAN. siapa yang tidak mahu kan kejayaan, bohongla jika tidak mahu kerana kejayaan lah membantu seseorang itu pergi lebih jauh. Kejayaan yang saya maksudkan bukan lah kejayaan didunia semata-mata tetapi kejayaan diakhrat juga, jika dibandingkan dunia akhirat pasti rmai yang menjawab dunia lagi penting. bagi saya betul dunia penting tapi perlu ingat dunia hanya sementara bukan selama-lamanya.

Keindahan merupakan kunci segala-galanya, jadi apa lagi jum kita cari keindahan untuk dapatkan ketenangan dan seterusnya dpatkan kebahagiaan.:)
Waallahua'lam


0 comments: