BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

02 May 2011

BooK FaiR 2011!!!!

Pergh..terigt kisah smalam di PESTA BUKU ANTARABANGSA 2011 at PWTC..memang suatu peristiwa yg x dpt aq lupakan..inilah kali pertama dalam sejarah hidup aq..kerana telah menghabis duet sebanyak rm57.80 kepada 3 buah novel sahaja..ade ke patut..ish2..apa nk jd ngn diri aq ntah la..

Walaupun ini perkara biasa buat diri aq means..setiap tahun akn jejak kaki ke bookfair p xde la mmbazir duet sbnyak 2 kepada novel..haha..so ini bg aq perkara luar biasa buat diri aq sndri..mybe bg org len biasa2 je..so aq x kesah pn sgt..sbb aq beli ngn gaji aq sndri..x sperti thn2 sblm ni duet mak ayah gak aq gne tok beli novel..so tu x berbaloi sbnrnye lau gne duet org len tuk beli novel.kan2..

ok lah..antara buku yg aq beli smlm..ini dy tajuk2nye.SELAGI BINTANG MASIH DI LANGIT.HANTARN KAHI TUHAN.SURAH-SURAH RINDU dan BERCAKAP-CAKAP BERBUAL-BUAL..kini akn aq cerita kn sdikit sinopsis  tntg buku2 ni..


Nurin Hannah, semasa kecil dirinya dilimpahi kasih sayang daripada ibu dan ayahnya. Meskipun dia sering dianggap berbeza daripada adik-beradiknya, tetapi dia tetap bahagia bersama ahli keluarganya. Dia diberi pendidikan sempurna dunia dan akhirat serta hidup sebagai Muslimah sejati.

Semasa menuntut di universiti, hatinya diketuk seorang jejaka yang terkenal di fakultinya. Ibunya sering berpesan memintanya usah berkasih di kala sedang belajar. Dia akur dengan ingatan itu. Akhirnya, dia menerima salam persahabatan daripada jejaka itu selepas melakukan solat istikharah. Persahabatan itu dirahsiakan daripada warga kampus dan juga keluarga. Hanya sahabat karibnya, Liyana yang mengetahuinya.

Namun, dilema gadis kacukan ini bermula apabila mengetahui hakikat sebenar identiti dirinya apabila usianya meningkat remaja. Rupa-rupanya dia seorang anak angkat. Kisah ini terbongkar apabila dia menemui sepucuk surat usang yang disimpan arwah ayahnya dengan lalai. Kedudukan dirinya semakin keliru. Dia adalah anak tidak sah taraf. Berat hatinya mahu menerima hakikat sebenar.

Apabila memikirkan dirinya yang ditatang penuh kasih sayang, hatinya terubat. Akhirnya dia bertemu dengan mamanya. Dia mengambil masa bagi menyesuaikan diri dengan mamanya. Kini, dia ada dua ibu



 Di kampung itu,3 jiwa mencoret kisah suka duka masing2.

Dalina: Seorang anak tunggal yg terperangkap dengan suatu kelemahan diri.Yang memahaminya hanya Faiz,.Pada Dalina,Faiz adalah segalanye.seorang teman,shabat dan kekasih..Faiz kenal hati budi Dalina,Faiz x menilai dalina sprti org lain.


Faiz: Padanye Dalina adlah puteri dari kayangan yg snourna segal-galanye Padanya gadis itu dy prnh berjnji ,jnji yg diakhrinya mmbuatkan Faiz terperangkap tnpa jln ke;uar.


Rafiq: Seorg budak nakal yg x prnh serik mncabar kesabaran Dalina.Makin dimarah makin menjadi.Die bkn ank kesyangan ayahnye,bah kan bkn pelajar kesyangn cikgu.kerana dy Budak nakal.
Lewat remaja takdir memisahkan mereka tetapi hnye pd jasad bkn pd hati.Dalina berterusan dibayangi  kekurangan diri.Faiz menatang sebaris jnji dan rafiq melarikan diri dri hidup silamnye.Dalam hikayat ini ada hatry xyg kcewa.ada jiwa kehilangan  rse dan ada perasaan yg dbakar dndam.

 Hidupnya cinta bukan kerana bahagianya kita. Itu perkara pertama yang dipelajari Nur Wardah pada saat dia mengabdikan dirinya bagi membangunkan Yayasan Nur Wardah. Dia berasa cintanya kuat di situ bagi membantu mereka yang memerlukan.
Hidupnya cinta bukan kerana rupa. Itu pengajaran kedua yang Nur Wardah pelajari saat dia bernikah dengan Engku Ashraf. Hidupnya sengsara dan jauh daripada bahagia. Semuanya kerana zahir kakinya yang tidak sempurna akibat virus Polio sejak kecil, dan Engku Ashraf mentafsirkannya dengan penuh kesalan.
Hidupnya cinta bukan kerana sempurnanya diri. Itu perkara terakhir yang Nur Wardah pelajari, pada saat suami terlantar di katil hospital. Tanpa jemu dia menjaganya dan dalam ketidaksempurnaan itu, tumbuh cinta Engku Ashraf kepada isterinya. Cinta yang lahir daripada ketidaksempurnaan.
Hidupnya cinta bukan kerana hidupnya kita. Itu perkara yang tidak sempat Nur Wardah pelajari pada saat lahirnya Engku Nurain, kerana dia meninggalkannya untik kita pelajari sendiri. Ia akan mempertemukan kita kepada erti cinta sejati dan makna perjalanan yang abadi.

Ramai orang fasih dan petah bercakap, tetapi semakin banyak mereka bercakap, semakin banyak mereka menyakitkan hati orang yang mendengar percakapan mereka.


Lagipun buku ni aq menang cabutan bertuah .untung la aq dpt buku free yg bermotif ni..

0 comments: