BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

07 June 2011

Wayang bersama Housemate

Assalammualaikum...ape kaba pembaca blog ku pada ari ni dan ari2 yang akan datang..harap kowang sehat dan senyum selalu..

Okeyh..tanggal 4 jun 2011 pada ari ahad lepas...aq dan housemate aq plan g tengok wayang..then member kami yang yang blik umah datang bwak keretanya kesini tok bawa kami ke ALAMANDA PUTRAJAYA preseint 2. Kemudian kami smua berbincang nk tengok cerita ape..last2 semua sebulat suara menyatakan ingin menonton KARAK.sebuah cerita arahan YUSRY KRU.

Baiklah sebelum aq menceritakan sedikit jalan ceritanya aq akan bagi kowang baca dahulu sinopsis cerita ini.
KaraK" mengisahkan 4 pelajar kolej yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan. Mereka mengalami kesesakan luarbiasa di lebuhraya Karak dan bernekad mencari jalan alternatif iaitu melalui jalan lama tanpa menyedari keputusan ini bakal merubah kehidupan mereka selama-lamanya.

Filem "Hardcore Horror" terbitan KRU Studios arahan pengarah tersohor Yusry ini bakal menyeringai di pawagam mulai 26 Mei 2011.



Apa yang saya dapat petik atau pengajaran dari cerita ini ialah tiada gne seseorang itu mempunyai ilmu agama, tiada gune menjadi qari qariah disekolah masing-masing, tiada gne menghafal al-quran skerinya smua ilmu ini x di amalkan. Selain itu, apa yang saya paham dalam konsep penceritaan yusry kru ini. Syaitan atau iblis lebih gemar menguji hamba Allah yang mempunyai ilmu agama yang tinggi dan yang paling dy ske org itu x mengamalkan ape yang dia tahu.kita juga sebagai umat islam perlu memahami makna ayat yang kita baca,kerana itulah merupakan satu kunci kekutan iman kite sebenarnya
Dalam cerita ini shera aiyob(nama sebenar) melakonkan watak sebagai zura.dia merupakan JOHAN tilawah Al-Quran di zaman sekolah.tetapi sayang setelah tamat pembelajarannya di peringkat sekolah dia ibarat lupa diri pendek kata dy lupa segalanya tentang dirinya yang mempunyai ilmu atau pengetahuan agama yang secukupnya.


Firman Allah dalam ayat qudsi jelas menerangkan.`Allah tidak ada tuhan yang disembah melainkanNya yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhlukNYa. Tidak mengantuk dan tidak tidur. Keupayaannya apa yang dilangit dan apa di bumi.siapakah dapat memberi syafaat disisi Allah tanpa izin Nya. Allah mengetahui apa yang di depan mereka dan apa yang dibelakang mereka. Mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah, melainkan apa yang dikehendakiNya. Allah meliputi langit dan bumi, Allah tidak berasa berat memelihara kedua-duanya. Dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar'.ayat ini jelas menyata Allah Maha Berkuasa di sekelian alam. Tanpa ilmu,tanpa kebaikan tanpa amal soleh kita x dapat memberi syafaat kepada orang yang kita nak beri kan itu kerana tiada keizinan daripada Nya.
Sekian wassalam..renung2kan selamat menonton.

0 comments: