Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh,
Assalammualaikkum..
pasti semua org tahukan ini lirik lagu ape dan sape penyanyi nye..mengapa kali ni aq menulis tentang diri ini??
pernah kowg tertanya x pada diri kowg, 'adakah aq mempnyai sahabat xkira la sowg atau lebih yg sanggup bersama aq bila susah dan senang?', mesty adakan...
tapi betul ke kita betol2 ada sahabat begini.. dan betol ke kita boleh jd sahabat yg baek n penyayang kpd org laen?? hanya diri kita yang mmpu terjemahkan nya. kenapa saya cakap diri kita je yg tahu, sebb melalui niat kita berkawan itu lah membawa kepada keikhlasan kita bersahabat dgn org, jika pesong niat kerana nk menggunakan dy dlm sesuatu bnde, lupekan jelah.. ianya akan mmbawa kepada kepadahan dan terok.
nk berkawan bialah kerana Allah, kerana persahabatan yg begitu tidak akn terputus dgn begitu sahaja walaupun ada SEBARANG HALANGAN, DUGAAN, SALAHFAHAM. Ingat lah!!! bahawa hidup kita perlu adanya kawan, Kawan yg BOLEH diPERCAYAI n brulah Boleh disayangi.
Walaupun aq sudah kehilangan seorang sahabat yg aq percaya sayang.. tapi apakan daya.. dy masih lg berkeras hanya berpunca salah faham.. keEGOAN perlu control, setiap keegoan yg dikeluarkan menunjukkan kelemahan kita...
Wahai sahabat, walaupun engkau masih berego marah ngan aq, truskan lah..aq msih cuba terima ngan REDHA..semoga berbahagia didunia n akhirat sahabat...
12 April 2013
S@h@b@t
Posted by addin at 12:25 AM 0 comments
14 December 2012
Tanah Tumpah Darah Ku
Apabila skuad kendalian K.R.G. berjaya menjinakkan pasukan
Sangat berterima kasih kepada Skuad Negara, kerana sanggup bermain sehabis-habisnya sanggup bermati-matian di atas padang walaupun injurd still berusaha untuk layakkan diri ke final.. tapi apakan daya, bola itu bulat apa sahaja boleh berlaku... korang the best.. tidak lupa gak kepada pejuang sokongan Ultras Malaya dan Team Malaysia kerana sanggup pergi stadium tuk bagi semangat yang tinggi dan luar biasa kepada player.. begitu juga kepada FUN MALAYSIA yg beri sokongan dan x memberi kritikan x munasabah.. KORANG YANG TERBEK!!!!!
Kalah di AFF kali ini tapi AFF dan Asean game menanti kejayaan kita....
SELAMANYA-SELAMANYA, SELAMANYA HARIMAU MALAYSIA.....
BE SMART PLAYER, BE NICE FUN..GIVE UR SUPPORT TO MALAYSIAN..!!!!!! AAAAUUUWWWWMMMMM!!!!!
Posted by addin at 3:29 PM 0 comments
20 October 2012
Kesihatan Perlu di UTAMAkan
Assalammualaikum..pe kaba semua pembaca blog & blogger2 sekelian..waduh2..sudah lama ku tidak mengupdatenya pun...sorry guys..im buzy n not have much time to update n no internet..HAHAHA..okeyh-okeyh..kali ni aq nk update benda yang amat penting dalam diri kita..iaitu KESIHATAN PERLU DIUTAMAKAN DALAM KEHIDUPAN HARIAN..

Posted by addin at 12:58 PM 0 comments
27 July 2012
Bulan Yang Mulia Kini Kembali
Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi kini saya kembali berblog insyaallah. Ramadhan merupakan satu bulan dimana Allah memberi peluang kepada hamba-Nya untuk mengutip seberapa byak pahal. Hal ini kerana bulan Ramadhan merupakan 1 bulan yg paling mudah untuk umat islam membuat kebaikkan dan 1 kebaikan diberi ganjaran yg tinggi berbanding bulan2 yang lain kerana musuh utama kita diikat oleh Allah. Namun musuh kita tetap ade iaitu nafsu.. Nafsu yg X diperlihara dgn baik akan memberi padah kepada kita sndri, tetapi Nafsu yang diperlihara dgn baik akan byak amalan yang dilakukan seseorang.
Bulan Ramadhan dianggap bulan yg mulia kerana pada bulan ini al-quran diturunkan pada zaman nabi malahan bulan berlakunya perang badar diantara org islam dengan org yahudi pada masa itu.. Orang islam yg diketuai oleh Nabi Muhammad sendiri hanya mempunyai seramai 300 org anggota islam bebanding orng yahudi 1000 orang anggota perang, dengan berkat dibulan yang mulia Umat islam menang dengan mudah..
apa yang dimaksd kann dengan PUASA..puasa ialah menahan diri dri segi bahasa, kalau istilahan pula diberi maksud menahan diri daripada segala bnde yg boleh membatalkan puasa. terdapat dalam ayat al-quran & beberapa hadis yang mencerita fadhilat berpuasa ini.antaranya :-
Posted by addin at 8:33 PM 0 comments
23 February 2012
Hati
Hati,
Tetapi kita tidak sedar yang kita ni da selalu sangat mencalarkan hati kita sendiri, melubangkan hati kita, melukakan hati kita sendiri bukan kerana orang lain. Kenapa saya berani mengatakan sedemikian, cuba anda muhasabah dan berfikir sejenak kerana apa kita selalu dimarah, ditegur, atau sebagainya. Ada atau tidak kalian perasan bahawa diri kalian sendiri punca orang lain buat hati kita sendiri yang luka.
Dalam percintaan paling jelas ketara tentang soal hati ini, setiap insan yang bercinta pasti dan pasti mahu hati mereka sama-sama dijaga bukan, jika salah seorang mereka dapat mengetahui salah seorang berlaku curang atau ada fair dengan orang lain walaupun hanya sebagai seorang kawan pasti akan berlakunya pergaduhan seterusnya akan mengatakan hati kita dilukai oleh orang. Tetapi salah, bukan itu yang berlaku sebenarnya, puncanya diri sendiri cepat cemburu tanpa usul periksa maka tercetuslah revolusi yang menggamitkan jiwa lara sedang dia tidak sedar akan kesilapan itu berlaku sebab dia juga.
Jadi jagalah hati sendiri jika mahu orang lain menjaga hati anda semua, ingat bahawa tidak semudah itu untuk kita melakukan kepada orang lain, melainkan kita sudah melakukan kepada diri kita sendiri..
Ini sahaja yang dapat dikongsikan maaf jika ade tersilap,kasar atau sebagainya.waallahu'alam..
wassalam.
Posted by addin at 9:27 PM 0 comments
16 February 2012
Keajaiban
Pasti pembaca tertanya-tanyakan kenapa post saya kali ini saya meletakkan tajuk ajaib kali ini. Cuba kita tanya diri kita pernah tak kita berjalan kaki sejauh 5km sekurang-kurangnya ataupun berkayuh basikal sejauh 10km? mungkin ada yang pernah tapi tak selalu lakukan bukan, bahkan ada yang merungut baru jalan 1km inilah manusia zaman sekarang tidak pernah kenal erti kesyukuran. Hanya kerana cuaca panas, mahu jaga publisity, mahu jaga kecantikkan dan lain-lain sahaja dijadikan alasan supaya dapat mengelakkan daripada berjalan kaki mahupun berbasikal.
Cuba kita lihat di negara Korea, Jepun, Denmark dan negara asia yang mahu maju terutamanya. Walaupun negara maju namun rakyat mereka tetap mengamalkan gaya hidup yang sihat, lebih-lebih lagi anggota polis mereka hanya meronda kawasan dengan menaikki basikal kurang menggunakan kenderaan kerana bagi mereka kenderaan hanya dapat menambahkan lagi masalah bukan mengurangkan masalah. Masalah yang saya maksudkan ialah masalah pencemaran dan juga kesihatan.
Selain itu, tahukah anda terlalu banyak kelebihan berjalan kaki mahupun berbasikal antara yang paling mudah untuk kita lihat ialah berjaya elakkan diri daripada sesakkan lalulintas(traffic jam), malahan dapat membantu kecergasan otot-otot badan yang lemah setelah bangun dari tidur serta dapat menyegarkan kepala dengan menhirup udara segar di pagi hari. Tambahan lagi dapat menjimatkan lagi kos kewangan lagi-lagi krisis ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya, jika menaikki kenderaan sudah pasti kita perlu keluarkan duet untuk mengisi minyak buka begitu..
Walaupun risiko berjalan kaki dan berbasikal tinggi, ianya tidak perlu menjadikan alasan sekiranya makin ramai yang melakukan pasti makin ramai yang mengikutnya. Bukankah negara kita suka sesuatu yang lain daripada yang lain, maksudnya yang belum pernah orang di negara kita sendiri lakukan pasti ada wakil yang memulakan.
Jadi marilah sama-sama kita fikirkan mana baik dan buruk, bukan untuk sesiapa tetapi untuk kebaikkan diri sendiri. Hidup dalam keadaan yang sihat dan cergas membawa kepada keluarga yang bahagia dan sejahtera.wassalam..waallahu'alam
Posted by addin at 11:34 AM 0 comments
14 February 2012
Keindahan kunci segala-galanya
Keindahan merupakan kunci ketenangan, manakala ketenangan pula kunci kepada kebahagiaan. cuba kita tambahkan mereka bertiga...
Dalam erti kata lain, keindahan yang bermaksud ialah keindahan didalam hati kita sendiri, apabila indahnya hati kita maka indahlah diri kita maka dengan keindahan diri kita maka terhasilah ketenangan. keindahan hati merupakan faktor utama dalam menjadi sesuatu watak kepada seseorang itu sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w."Ingatlah, dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging. Kalau segumpal daging itu baik, maka akan baiklah seluruh tubuhnya. Tetapi, bila rosak, nescaya akan rosak pula seluruh tubuhnya. Segumpal daging itu bernama kalbu." (H.R. Bukhari dan Muslim). jadi demi capai keindahan dalaman perlu dibersihkan.
Ketenangan yang saya maksudkan ialah ketenangan apabila orang lain melihat diri kita yang indah. orang lain akan tenang bila tengok kita yang mempamerkan keindahan hati kita yang diibaratkan orang seperti taman bunga ataupun keindahan kehijauhan tumbuh-tumbuhan. ketenangan merupakan aset penting untuk mencapai kebahagiaan kerana dengan tenang itulah kita berjaya mengawal segala emosi dan sikap kita sebelum melakukan sebarang tindakkan. bagi mencapai ketenangan jiwa dan hati sebenarnya kita perlu banyakkan beribadah kepada Allah yang Maha Berkuasa sebagaimana firman Allah dalam surah adz-dzaariyaat 051 : 56, mafhumnya."Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku".
Kebahagian akan terukir setelah wujudnya keindahan dan ketenangan, ianya merupakan satu hadiah atau ganjaran setelah peroleh kedua-dua tersebut. walaupun kite kurang dari segi keindahan tetapi mempunyai ketenangan still boleh sampai kebahagiaan kerana kedua-duanya membawa kepada bahagia seperti yang ditambahkan diaatas. kebahagiaan amat penting kerana dengan bahagia juga dapat bantu kita hepy bersama family tetapi bahagia pada diri sendiri pula apabila dosa-dosa kita gugur dari diri kita,seperti sabda Rasulullah s.a.w. "Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepaladan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu" H.R. Attabrani.
Bila terhasilnya kebahagiaan maka akan sampai satu tahap dipanggil KEJAYAAN. siapa yang tidak mahu kan kejayaan, bohongla jika tidak mahu kerana kejayaan lah membantu seseorang itu pergi lebih jauh. Kejayaan yang saya maksudkan bukan lah kejayaan didunia semata-mata tetapi kejayaan diakhrat juga, jika dibandingkan dunia akhirat pasti rmai yang menjawab dunia lagi penting. bagi saya betul dunia penting tapi perlu ingat dunia hanya sementara bukan selama-lamanya.
Keindahan merupakan kunci segala-galanya, jadi apa lagi jum kita cari keindahan untuk dapatkan ketenangan dan seterusnya dpatkan kebahagiaan.:)
Waallahua'lam
Posted by addin at 1:26 PM 0 comments